Pages

Rabu, 29 Julai 2009

CERPEN : ADRIANA


er.... aku harap korang semua bagi sedkit komen tentang cerpen karya aku
neh.. memang banyak kelemahan. tapi aku sekadar mencuba...




Adriana melabuhkan punggungnya dibirai katil. Pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh keluar jendela. Tiupan sang bayu mendinginkan suasana hening pada petang itu. Siulan burung menggamitkan lagi suasana dirumah sewanya itu. Lantas merentap tangkai hatinya. Adriana memuji kebesaran yang maha Esa.Jam menunjukkan pukul satu petang. Adriana berbaring santai sementara menunggu masuknya waktu Zohor. Alis matanya yang lentik itu berkejip-kejip. Disaat ini fikirannya dilayangkan dizaman silamnya sewaktu dia berada di sekolah menengah. Zaman silam yang sukar sekali untuk dilupai. Penuh segala ceritera duka dan manis yang digaul bersamaan.



Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Jaya tampak begitu riuh pada waktu rehat. Faidz jejaka yang menjadi pujaan disekolah itu berjalan sendirian mencari kelibat gadis yang berjaya mencuri hatinya sewaktu dia bertugas menjaga pintu pagar sekolah pagi tadi. Setelah penat berjalan akhirnya pancainderanya terlihat gadis manja yang diburunya itu sedang tekun menelaah bahan di sudut informasi pelajar. ”Hai seorang je?” tegur Faidz memulakan bicara. Faidz segera mengukir senyuman sesaat terpandang wajah ayu Adriana.”A..ah...” balas Adriana pendek. Pandangan mata mereka berpaut seketika sebelum kedua-duanya berpaling kearah lain seakan menyembunyikan rasa malu yang bersarang dalam hati. Dan bermula dari situlah bermula segala bibit-bibit persahabatan yang suci. Mereka berdua kian rapat dari hari ke hari. Dan bermula di situ jualah Adriana semakin matang mengenal erti hidup.


Namun kegembiraan yang dimiliki rupanya hanya mahligai angan-angan yang semakin hampir dihambur ombak samudera. Adriani, adik kepada Adriana begitu cemburu dengan persahabatan yang terjalin antara kakaknya dengan pemuda impiannya, Faidz. Dia lebih berhak memiliki hati Faidz. Faidz lelaki yang dikurniai seraut wajah yang tampan itu adalah hak mutlaknya...



”PANGGG.....” satu tamparan menerjah pipi Adriana.”Anak tak tahu malu!!. Kau ingat aku ni tunggul”. Tengking En. Hamizi ”Sana-sini oarang kampung cakap fasal kau!. Siapa malu?. Aku..aku...”.


En. Hamizi naik berang. Anak yang dibela untuk menjamin masa depan telah menconteng arang kemukanya. Dia begitu kesal pada Adriana.”Ayah.. apa yang ayah cakap ni?. Apa yang akak telah lakukan?”. Adriana bingung. Tidak semena-mena kemarahan ayanhya menyala. Perit pipinya ditampar. Adriana terasa dirinya bagai pesalah yang tidak mempunyai ruang lagi untuk menjelaskan keadaan sebenar.”Pura-pura tak tahu konon. Yang kau berpeluk dengan jantan disekolah kenapa?. Ha... Kau nak orang kampung tahu kau tu dah ada jantan?” terjah ayahnya. Ah.... dugaan apa yang kau beri ya Tuhan. ”Sumpah ayah, kakak hanya bersahabat dengan dia. Tak lebih dari tu.”. Adriana mempertahankan haknya. Saat itu naluri wanitanya bagai ditancap dengan pisau yang tajam. Benar-benar merobek perasaannya. Sumpah, tidak terlintas hati Adriana untuk mencintai Faidz. Ya, Adriana akui mereka memang tampak rapat. Tetapi hatinya tidak pernah menaruh perasaan terhadap Faidz. Waktu ini, dia hanya menganggap jejaka itu teman seperjuangan yang siap membantu kesulitan yang bakal dihadapinya selain bersamanya merasa kesenangan miliknya. Itu sahaja, malahan tidak lebih. Adriana mengaduh kesakitan. Bebola mata ayahnya kelihatan dijegilkan. Tajam sekali.” Bohong!!. Kau ingat tak ada orang yang nampak.” . Lantas sekali lagi pipi Adriana menjadi sasaran tangan peneroka kasar milik ayahnya. Tangan yang suatu ketika dahulu pernah dicium sewaktu sebelum pergi ke sekolah. Tangan itu juga pernah membelainya sewaktu Adriana sedih ayah dan ibunya berpisah. Ah.. tuhan, adakah ayahku masih sedih dengan perpisahan bersama isterinya yang tercinta?”Lepas ini jangan kau cuba-cuba lagi untuk bertemu sama budak tu. Ingat cakap aku. Kalau kau jumpa juga, nahas kau aku kerjakan” . Amaran ayahnya menusuk-nusuk telinganya.”Aku mahu kau belajar. Bukannya bercinta”. Lelaki itu mengakhiri kata-katanya. ”Masuk bilik” sambung En Harmizi lagi. Ya Allah, desis hati lelakinya. Bukan niat En Hazmizi untuk memukul anaknya, tetapi dia melakukan semua itu agar anaknya tidak terpesong jauh. Sungguh. Dalam hatinya dia amat menyayangi Adriana.




Keperitan tamaparan En. Hamizi jelas terlihat kesannya. Adiana tidak tahu siapa agaknya yang berhati busuk itu. Tegar-tegar melayangkan fitnah terhadap dirinya. Salah apa aku?. Sampai-sampai ada manusia yang ingin merobekkan benang kebahgiaan yang baru ku miliki!!.
ADRIANA terjaga dari lamunannya takatala pendengarannya terdengar takbir memuji kebesaran yang Esa dari Masjid Sultan Abu Bakar. Adriana bingkas bangun dari perbaringan dan segera mengambil wuduk. Adriana memang patuh hal-ehwal agama. Takwanya pada Illahi bukan kepalang. Dia berusaha menggalas tanggungjawabnya sebagai Abdullah itu sebaik-baiknya. Usai solat, Adriana menadah tangan lantas memohon kepada-Nya. Seketika kemudian dia meraut tangannya kemuka..Adriana mengatur langkah menuju ke meja belajar dalam kamarnya itu. Punggungnya malah dilabuhkan dikerusi. Tangannya yang halus itu segera menggapai novel Sumpahan Fasha karya Meor Shariman yang masih belum habis dibacanya. Namun dari riak wajahnya, jelas kelihatan ada rasa bosan yang menjengah taktala dia mula berganjak ke bab yang kedua. Lantas, dia mengambil keputusan untuk mematikan pembacaannya. Lagi-lagi binar matanya memandang keluar. Mencari segala rahsia alam yang begitu indah.. Sesaat dia mengelamun. Yang nyata ada peristiwa silam yang masih berbaki untuk dikenangnya.




ADRIANA mengambil keputusan untuk melupakan Faidz. Apatah lagi antara dirinya dan Faidz tidak sekufu. Faidz anak orang ternama, aku? Soal Adriana dalam hati. Lagipun dia kini ditingkatan lima. Tak sampai beberapa bulan dia bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mahukah dia mengecewakan garizah hati ayahandanya yang benar-benar kepingin melihat dia berjaya?. Oh tidak!!. Sama sekali aku tidak tegar meranapkan impian ayahku. Adriana berazam ” walau apapun terjadi dia perlu melupai Faidz”. Adriana sedar ayahnya menyayanginya dalam-dalam. Dia tahu impian masa depannya akan kelam jika dia berterusan leka dengan nikmat kehidupan remaja. Adriana masih muda. Perjalanan yang baru ditempuhinya itu hanyalah liku-liku kecil yang merentasi sungai hidupnya. Malam itu Adriana menyemat sesuatu dalam hatinya. ” Cita-cita mampu memberikan dia segala kesenangan, bukan perasaan yang akan menentukan. Malah kadangkala perasaan itulah lorong-lorong yang membuka pintu kedukaan.



Adriana cuba menjauhkan dirinya daripada Faidz. Dia sedar perubahan yang cukup drastik ini pasti disadari Faidz. Tapi Adriana telah nekad. Ayahnya harus tahu, dia bukan anak yang tidak berguna. Dia ingin sekali memberi tumpuan total dalam pelajaran. Biarlah apa yang ingin disangka Faidz. Yang pasti, dia harus tidak mempedulikannya.Faidz menarik lembut lengan Adriana ke suatu tempat yang terselindung dibalik tangga sekolah. ”Idz, apa ni” bentak Adriana. Dia mendengus kasar. Perasaanya bercampur-baur ketika ini. Dia tidak mahu memandang lagi wajah pemuda itu. Untuk seketika mereka berdua terdiam. Yang kedengaran hanyalah dengusan jejaka yang berkulit sawo matang itu. Mengeluh berat.”Ana, awak apa khabar? Sihat? Dah makan? Kenapa dengan awak ni?” bertalu-talu pertanyaan keluar dari bibir Faidz. Pemuda yang berumur lewat 17 tahun itu memandang sayu wajah Adriana yang tertunduk. Ada riak hampa yang berarak diwajahnya apabila pertanyaannya sebentar tadi tidak terjawab. Tiba-tiba terdengar esakan kecil Adriana. Faidz bingung. Dia menggoncang kecil bahu Adriana.Adriana mengangkat wajahnya yang terlihat sayu. Ada mutiara kecil yang merembes pada pipinya. Matanya memerah. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum nekad menatap wajah Faidz. ”Idz, antara kita sudah tak ada apa-apa lagi. Aku terlalu lelah untuk memikirnya lagi”. Adriana melangkah longlai meninggalkan Faidz yang tercengang-cengang dengan perilakunya.”Kamu perlu ingat, pelajaran harus diutamakan ketika ini” kata-kata itu diungkap Adriana pada akhir pertemuannya dengan Faidz. Faidz hanya terdiam kaku. Lama kelamaan bayangan Adriana semakin menjauh pergi dan kelihatan berbalam-balam sebelum ditenggelami jeladeri pelajar yang berpusu-pusu.”Kenapa kamu buat saya macam ni! Ana! Kamu janji mahu bersahabat dengan saya! Kenapa kamu akhirnya malah pergi” suara hati lelaki Faidz bergema. Meruntun kesedihan.”Ana tunggu!!” sayangnya jeritan itu bagai tersekat dikeronkongnya. Faidz tidak mampu berkata apa-apa lagi. Segalanya bagai terkunci. Rasa kecewa mula terbit dalam hatinya. Dia lantas berjalan gontai menuju ke Makmal Sains, membawa segala perasaan itu bersamanya. Kelas Sains pada hari ini adalah kelas yang paling membosankan. Walhal Faidz menggemari subjek itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Yang ada dipikirannya saat ini hanyalah........ ADRIANA!!!




Lima bulan berlalu, SPM pun sudah ditempuhi Adriana. Kini dia berperang pula dengan gelisah menuggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada hari ini. Memang dia sudah buat sehabis baik taktala menduduki peperiksaan itu, tetapi resah dihati tetap melanda. Rumah yang beratapkan daun nipah itu terasa hangat semacam. Memijar walaupun masih pagi lagi. Adriana menjenguk langit, awan putih yang tipis berarak lembut. Peluh telah berkali-kali menitik didahi Adriana. Di hadapan rumahnya terdapat sepohon pokok yang besar, sedikit sebanyak meredupkan suasana sekitar. Namun lapisan atmosfera yang rendah kandungan ozonnya itu tidak mampu lagi bertindak sebagai pelindung dari sinar ultralembayung. Bila penat duduk, Adriana berdiri. Bila penat berdiri Adriana duduk pula dibirai katil kayu yang sudah terlalu usang. Sejenak Adriana termenung sendirian. Membuai perasaan.



”JOM pergi perpustakaan” ajak Faidz.”Tak apalah Idz, Ana ada banyak kerja ni!!”Atau tak kita kekantin aja yuk” Fiadz lagi-lagi mencuba untuk bersama dengan Adriana.”Tak nak lah. Ana kenyang” bicara Adriana, bohong. Adriana sebenarnya tidak mahu menampakkan pipinya yang terguris akibat pergaduhannya dengan Adriani semalam.”Kenapa ni Ana, jomlah” Faidz berani mencuit dagu Adriana dan mendongakkan wajah Adriana yang tertunduk sahaja. Ah.... Faidz terkejut bukan kepalang. ” Adriana kenapa dengan muka kamu ni?” soa Faidz hairan. ”Kamu berantem sama Adriani lagi? Kerana saya?” Faidz bertanya lembut”Ah.. tak ada apa-apa” pantas tangannya menepis jari kasar Faidz dari mengulas lembut pipinya. Pada saat itu, Adriani terlihat aksi Faidz dan Adriana itu, dia benar-benar terkedu dan berang lantas berlalu meninggalkan mereka. Malam itu juga Adriani memberitahu En Harmizi tentang apa yang terlihat oleh pancainderanya serta adegan yang ditokok-tambah hasil imiginasi hitamnya. Dan pada malam itu jugalah Adriani dilempang En. Harmizi. Tapi sampai saat ini Adriana masih lagi tidak mengetahui siapa yang berani-berani menyebarkan fitnah itu. Adriana sama sekali tidak mahu menuduh sesiapa. Tapi apa yang dikesalkannya fitnah yang disebar itu langsung tidak masuk akal. Sejak bila Faidz berani memeluknya. Sejak bila?? Dia sedar Faidz ada menyentuh pipinya tapi dia menghalang. Dan tidak ada apa-apa yang berlaku selepas itu!




”ASSALAMUALAIKUM....Assalamualaikum...” suara Sabariah kedengaran separuh menjerit. Sudah berkali-kali salamnya tidak disambut. ”Mana Ana ni, janji mahu pergi sama” desis hati Sabariah. Matahari sudah lama terpacak di atas kepala Sabariah. Dia seperti mahu pitam pada waktu itu. Tanpa dipelawa dan disuruh Sabariah duduk di tepi tangga rumah Adriana.”Adriana, aku ni!!”



Adriana tersentak dari lamunan. Jeritan Sabariah telah mengheret dirinya kembali kedunia nyata. Sejenak gadis itu beristighfar. Jam ditangannya telah menunjukkan pukul 11 pagi. Gadis jati kelahiran Johor itu bingkas bangkit menuju keruang tamu. Daun pintu dikuak separuh kasar.”Eh, Ariah! Tunggu sekejap ya.” Adriana menyapa. Sabariah memandang temannya itu. Lantas Adriana tergesa-gesa kebiliknya tanpa sempat Sabariah mengangguk. Sabariah kembali melihat landskap yang ringkas di hadapan rumah sahabatnya sejak kecil itu. Ada pokok Bunga Raya yang tertanam dideretan pokok-pokok renek yang menghijau. Sabariah tersenyum sendirian. Entah kenapa jiwanya seakan menjadi lebih patriotik apabila melihat pokok Bunga Raya yang menjadi lambang negara Malaysia, tanah tumpah negaranya.Adriana menyarung tudungnya seberapa kemas yang boleh. Dia tetap menjaga kelestarian wanitanya itu. Gadis itu langsung tidak tertarik untuk berfesyen sepertimana yang digemari gadis seusianya termasuk Sabariah. Ternyata berpakaian cara itu tidak berjaya menggugah seleranya. Jiwanya telah terdidik dengan didikan agama yang sangat ditekankan oleh ayahnya. Lagi-lagi selepas ayah dan ibunya berpisah. Namun, dia sering disalah ertikan dalam kalangan sahabatnya. ”Hey Adriana. Apalah kau ni! Tak ikut perkembangan lah. Orang sekarang dah maju. Dunia dah berubah. Segalanya mahu ringkas. Tapi kau, masih dengan cara kolot ini!” ujar salah seorang rakan sekelasnya. Tapi Adriana tetap bangga dan sebulat-bulatnya bertekad untuk mengekalkan gayanya ini. Tak ada salahnya bertudung. Lagipun Islam telah menuntut umatnya supaya menutup aurat. Adriana benar-benar mempunyai pendirian dan jati diri yang teguh. Gadis itu telah menjadikan bait-bait lirik nukilan Ad Samad sebagai pegangan hidupnya.”




Ku congak apa yang di depanku,Sebelum atur langkah kutahu kan kemanaTak mudah akukan diperdayaDengan pujuk dan rayu hasut ku keduniamu
Mungkin sukar tuk difahami kerna tak tercapai akalmu
Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsaYang kau sangka muda direbah Santun ku bukannya ku lemahMudahnya merosakkan dari membinaMencemarkan dari memuliaTak menghirau dari mengendah
Biar berdentum, langit runtuh dan menghempap dirikuTidak tergadai tatasuliku, yang menggambarkan siapa dirikuBiarlah bergoncang bumi ditelapak kaki ku iniNamun takkan ku ubah pendirian Yang membuat aku menjadi aku”




Setelah bersiap seadanya, Adriana melangkah keluar dari biliknya dan separuh berlari mendapatkan Sabariah. Dari muka pintu terlihat Sabariah masih lagi setia menuggunya.”Eh, Aria mana Mei Lin?””Dia pergi dengan ayahnya. Sebab lepas ni katanya nak ke bandar”.”Nampaknya kita pergi berdua sahajalah!”. Sabariah mengangguk.Sejurus selepas itu, Adriana bersama-sama Sabaria melangkah untuk menuju ke sekolah. Debaran hati mereka seakan memuncak taktala perkarangan sekolah sudah dipenuhi dengan jeladeri pelajar. Debar dihati Adriana tidak tertanggung lagi. Berjayakah dirinya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pepeiksaan SPMnya?. Adakah dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke menara gading? Persoalan-persoalan itu terus-menerus berlegar dalam mindanya. Begitu juga dengan Sabariah. Cuaca panas yang menyelubungi perkarangan sekolah menyesakkan desak didada.
”KRING....KRING.....” jeritan telefon bimbit mengejutkan Adriana dari terus mengelamun. Ah... Adriana sedar dia terlalu melayan perasaannya. Dia beristighfar lagi. Kali ini lebih lama. Jarinya yang meruncing pantas sahaja menekan punat ”answer” diskrin ponselnya. Tapi sejenak dia ragu-ragu untuk menjawab kerna dia sama sekali tidak mengenali nombor yang tertera diskrin.Dari corong pembesar suara itu, terdengar suara wanita cina yang amat pekat loghatnya. Gembira tampaknya wanita itu. Adriana cuba sehabis baik mendengar apa yang ditutur wanita cina itu sekaligus menghadam butir-butir bicaranya. Ah, baru Adriana sedari suara itu milik Mei Lin. Teman seperjuangannya dahulu.”Rian...” jerit kecil Mei Lin kedengaran begitu jelas. Tampaknya sahabatnya itu lebih senang memangil Adriana dengan panggilan Rian.”Mei Lin, rindunya saya pada awak! Dah lama kita terputus hubungan! Bagaimana awak dapat nombor saya?””Ah itu semua tidak penting. Yang penting saya harus berjumpa kamu segera. Maksud saya sekarang! Boleh tak?” pertanyaan Mei Lin benar-benar membuat Adriana bingung. Mengapa Mei Lin begitu tergesa-gesa ingin berjumpa dengannya? Di Masjid?? Pelbagai andaian singgah dimindanya. Namun satu pun tidak dapat dipastikan kebenarannya. Dia harus ketemu Mei Lin. Ya, harus!




Perkarangan Masid Sultan Abu Bakar begitu mendamaikan. Rumah Allah yang berdiri megah di atas bukit bersebelahan dengan Kompleks Islam Johor Bahru itu mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi seni binanya. Tak hairanlah ada juga kelibat Mat Salleh yang berkeliaran di pinggir masjid. Ada juga sekelompok anak muda yang berpakaian batik seronok berbual di luar masjid. Adriana tidak menghiraukan semua itu. Pokoknya,dia harus mencari di mana Mei Lin berada.Adriana turun dari kereta dan meninjau-ninjau keadaan di sekitar masjid. Setelah berpusing-pusing sekeliling masjid, kelibat Mei Lin tidak juga ditemui. Yang ada hanyalah susuk tubuh seorang wanita yang tercegat membelakangkannya. Adriana mengambil keputusan untuk bertanya. Derapan kaki Adriana yang agak kuat itu menyedarkan wanita itu. Wanita itu berpaling. Adriana kaget. Langkahnya seraya terhenti. Pandangannya seakan kabur. Mulutnya terlopong. Wanita yang ada di depannya ialah........ Mei Lin. Bukan Mei Lin yang dahulu lagi. Dia tidak memakai seluar jeans dan t-shirt sendat tetapi begitu ayu bebaju kurung. Pastinya ada tudung yang menutupi rambutnya. Adriana tergamam.




Melihat Adriana yang tercegat dan terpacak di perkarangan masjid itu, Mei Lin menapak kehadapan. Hatinya bagai mengetahui apa yang sedang bermain di minda Adriana. Mei Lin merangkul tubuh Adriana, melepaskan rindu yang bersarang.”You know what! I’m a muslim girl now”. Mei Lin mengatur kata. Sekali lagi Adriana tergamam. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Adriana lantas mengucap syukur kehadrat yang Esa. Seorang lagi umat Islam berjaya dilahirkan. Amin. Ya, inilah yang didamba Adriana selama dia bersahabat dengan Mei Lin. Sebelum ini memang Mei Lin ada beberapa kali berkata dia tertarik dengan ajaran Islam. Malah Mei Lin juga ikut bersama-sama Adriana berpuasa ketika mereka di universiti dahulu. Dia juga selalu mengikuti program bual-bicara Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan disaluran Kerajaan Malaysia, RTM1. Adriana tidak putus-putus mumuji kebesaran-Nya. Doa yang selama ini dipohon termakbul jua.”Nama saya sekarang Marina” ujar Mei Lin. Adriana lantas mengajak Marina bertandang kerumah sewanya di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Memang selama ini Marina sering bergaul dengan pelajar yang beragama Islam. Mungkin inilah salah satu faktor yang mendorongnya.”Rian, sebenarnya awaklah yang banyak membantu saya mengenal selok-belok agama ini. Kalau tidak entah agaknya, bau syurga pun saya tidak dapat cium. Sekarang ini saya benar-benar merasakan hidup saya bermakna” ujar Marina lagi. Adriana hanya mampu tersenyum. Ada awan cerah yang menyinari binar matanya. Mutiara putih lantas merembes dari kelopak mata Adriana. Dia benar-benar bersyukur. Entah sebesar mana syukur yang tumbuh itupun dia tidak pasti. Apa yang berlaku kini boleh diibaratkan seperti pucuk dicita, ulam pula yang tumbuh. Mei Lin turut menitiskan air mata. Tak lekang dari bibirnya mengucapkan terima kasih pada Adriana. Benih yang baik kalau jatuh kelaut akan menjadi pulau.





Mereka berdua sampai dirumah sewa Adriana pada pukul 3.00 petang. Sesampai sahaja , Adriana terus mengajak Marina memasuki biliknya. Mereka berbual-bual panjang”Tuk..tuk..tuk..” kedengaran daun pintu bilik Adriana diketuk perlahan. Adriana bingkas bangun meluru kepintu. Wajah Azyra teman serumahnya terjongol di hadapan pintu.”Nah ini untuk kau” kata Azyra sambil tangannya menhulurkan sepucuk surat kepada Adriana. Apabila kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Adriana, Azyra tergamam. Terkedu. Dia cuba mengecam.”Mei Lin” nama itu terlintas dibenak fikirannya. Marina hanya tersenyum, malu.Adriana mengoyakkan surat itu lembut-lembut. Entah kenapa tangannya bergetar halus. Dia tidak mengerti mengapa dia berkelakuan demikian. Sesaat azan Asar berkumandang menerjah pendengarannya. Dia melihat wajah Marina. Wajah ayu itu tersenyum. Adriana tak jadi membuka surat itu, lantas kembali duduk bersama Marina dan Azyra sebagai menghormati azan Asar yang berkumandang. Selesai sahaja azan, Adriana, Marina dan Azyra mengambil wuduk dan mengerjakan solat Asar secara berjemaah. Perlakuan Marina tampak tenang menyejukkan hati Adriana.




Malam kian berganjak, jam menunjukkan pukul 10 malam. Mata Adriana belum lagi mahu terkatup. Azyra pula awal-awal lagu sudah terlena. Sebelum tidur Azyra telah pun mengerjakan Solat Isyak. Marina pula telah kembali ke rumahnya. Adriana malah termenung sendirian. Mengenangkan secebis kisah yang telah berlaku dalam hidupnya petang tadi. Namun hatinya seakan berkeras mahu kembali mengenangkanmasa silam. Ya, masa silamnya bersama Faidz.
SLIP PEPERIKSAAN sudahpun berada digenggamannya. Adriana seakan tidak percaya apabila namanya diumumkan sebaris dengan pelajar yang mendapat keputusan straight A dalam kesemua mata pelajaran. Dia sesungguhnya tidak percaya lantas menatap keputusannya itu dalam-dalam. Memang benar, dia mendapat A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil. Kejayaan yang dikecapinya itu, turut sama di raih Mei Lin dan Sabariah. Serentak dengan itu, Adriana menjenguk-jenguk mencari kelibat seseorang tetapi hampa.”Cari siapa?” ada suara yang sedikit parau menerjah telinganya. Adriana berpaling.”Tahniah Ana, awak berjaya. Keputusan nekad yang awak buat telah menyedarkan saya. Memang benar kata pujangga ”Kejayaan yang sejati hanya akan kita miliki selepas kita menggapai kejayaan abadi”. Dan soal perasaan itu, suatu hari nanti pasti akan hadir ke dalam diri kita. Cuma masa dan saatnya tidak kita ketahui.” Adriana tersenyum girang mendengar kata-kata Faidz. Mereka saling bertukar slip peperiksaan. Adriana tersenyum lagi apabila Faidz turut mencapai keputusan yang begitu cemerlang.”Terima kasih Ana” ucap Faidz mesra.





”KAU tak tidur lagi ke Ana?” soal Azyra apabila melihat Adriana termenung dimeja belajar. Adriana tersentak lalu kembali semula ke alam realiti. Adriana segera mengemaskan ruang belajarnya dan pada masa itulah baru dia teringat surat yang diterimanya petang tadi. Jarinya yang runcing itu segera mengambil surat yang diselitkan di celah-celah buku.Ah... sudah berapa kali kegembiraan sering hadir dalam hidupnya. Adriana menitiskan lagi air mata kesyukuran.”Alhamdulillah” ucap Adriana perlahan. Akhirnya cita-citanya untuk menjadi seorang kolumnis di Akbar Berita Negara tercapai. Surat dihadapannya itu menjadi bukti kegembiraannya yang tidak terhingga. Adriana menangis teresak-esak. Dia terus membaca surat itu berkali-kali untuk memastikan dia tidak bermimpi. Berkali-kali juga Adriana mengenyeh-genyeh matanya. Jelas. Dia tidak bermimpi. Ini sesunguhnya adalah realiti dan dia bukan berada di alam fantasi. Adriana mengucap syukur pada Illahi tanpa henti. Adriana terduduk dalam kesunyian malam yang semakin pekat. Hati wanitanya melonjak kegembiraan. Kegembiraan yang benar-benar luar biasa. Lantas terlintas dikotak fikirannya wajah ayahnya, En Harmizi. Lekas-lekas jarinya mendail nombor telefon ayahnya. Dia berbicara dengan ayahnya tentang apa yang telah digapainya. Dia berjaya menjadi seorang kolumnis. Kolumnis yang berjaya.”Terima kasih ayah”. Adriana mengakhiri perbualan dengan ayahnya. Lama juga dia berbicara bersama ayahnya. Dia benar-benar rindu akan orang tua itu. Dia nekad akan melawati ayahnya hujung minggu ini di Kota Iskandar.




Adriana meletakkan ponselnya ke atas kasur. Selang beberapa minit ponselnya berbunyi lagi. Dia terus sahaja mengangkat.”Tahniah Ana. Awak berjaya menggapai apa yang awak impi.” . Ah... Adriana kenal benar suara ini. Suara lelaki yang amat dirinduinya ketika ini terasa mesra di hujung talian. Tutur kata lelaki itu benar-benar berubah. Kedengaran romantis dan terserlah kematangannya.”Faidz... is that you?”. Soal Adriana meminta kepastian. Ada tawa kecil yang terlahir. ”Yes, i am. Ana saya nak awak tahu saya akan masuk meminang awak tak lama lagi. ”“Don’t bother”“No. I’m serious.”“Whether you agree or not, I don’t mind. Yang penting saya akan meminang awak juga” ada tawa nakal yang menghiasi perbualan mereka.“Good night my dear”. Faidz mematikan talian sebelum sempat Adriana bertanya lagi. Adriana telah senyum sendirian entah buat kali keberapa. Hatinya melonjak kegembiraan. Entah nasib baik apa yang mengunjung harinya sejak kebelakangan ini.Saat ini juruhebah radio secara kebetulan mengkeudarakan sebuah lagu yang cukup Adriana minati. Lagu ciptaan Aidit Alfian, lirik oleh Ad Samad dan didendangkan oleh Elyana itu seakan merai malamnya. Kata-kata yang dilagukan itu telah dia jadiakan pegangan hidupnya sejak sekian lama. Adriana tidak sabar menunggu fajar menjelang tiba. Mentari pagi pasti membawa lebih banyak khabar gembira yang tak terduga esok.




Benar kata Shakespeare ”Memburu cinta memang baik, tetapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik.”Teringat pula Adriana kata daripada Mahatma Ghandi ”Cinta itu tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, kebencian hanya akan membawa kemusnahan”. Ya, inilah waktunya.... aku sesungguhnya telah bersedia. Mimpi yang indah menyelimuti lena Adriana malam itu....

LOVE......







Aku sebenarnya sudah lama menonton film Love karya Khabir Bhatia. Semalam aku menontonnya lagi. Memang film ini memang tak jemu untuk ditonton. Usai nonton, aku kepingin untuk mencatat sesuatu jadi boleh saja aku catat di sini! Ya kan??




Filem ini mempertaruhkan lakonan aktress yang aku minati iaitu Acha Septriasa. Lakonannya amat bermutu. Terasa kesannya. Ditambah lagi dengan keayuan wajah yang dikurnai yang Esa kepadanya.Selain itu filem ini turut dijayakan oleh Fauzi Baadila (my favorite aktor) , Luna Maya, Irwansyah, Wulan Guritno ( sekadar menyebutkan beberapa nama).




Dengan tagline Lima Kisah, Satu Kota, Tak Ada Yang Sempurna, Kecuali Cinta filem ini menjanjikan senimotografi yang indah dan sedap mata memandang. Bermula dengan pemandangan sawah padi, kemudian kita akan dibawa untuk menghidu pemandangan di kota Jakarta. Ah... opening film yang amat menarik. Ah almost forgotten, musik latarnya itu amat cocok dengan film ini.




Lakonan pelakonnya juga tak begitu mengecewakan. Paling berjaya menyentuh perasaan, sudah tentu Acha Septriasa yang membawakan watak gadis muda yang cantik bernama Iin. Berasal dari kampung, menempuh kota Jakarta semata-mata untuk mencari kekasihnya.




Ah gadis kampung yang naif. Tapi aku respek, lakonannya benar-benar terasa, sekali gus menyentuh perasaan. Dia kemudiannya dipertemukan dengan (Rama) Fauzi Baadila. Ternyata gandingan mereka serasi, cocok, malah punyai chemistry tersendiri. Kisah cinta mereka unik sekali. Ada manis, yang tersembunyi. Tak dipertonton begitu jelas, tetapi pasti kita dapat menghidunya.Ada juga kisah cinta antara Nugroho dan Lestari yang dipertemukan saat usia mereka tidak lagi muda.




Cinta antara Tere dan Awin yang kurang menyerlah sekaligus mencacatkan sedikit perjalanan cerita ini. Aksi mereka berdua kayu, malah tak berlebihan jika dibilang tidak berjiwa. Kisah Restu dan Dinda tampak menarik,tapi mutu actingnya tidak begitu baik. Harus lagi dipertingkatkan. Kesannya juga kurang mendalam. Ia mengisahkan seorang mahasiswa yang bernama Restu yang jatuh cinta pandangan pertama bersama Dinda. Cinta mereka baru sahaja mula berputik, tapi malangnya ajal mengakhiri segala.




Kita turut dihidangkan dengan kisah cinta Gilang dan Miranda yang menjalani kehidupan sebagai suami isteri, namun ada masalah yang menimpa, mengheretkan perasaan anak mereka Icha.Mahu selebihnya? Ya tonton sendiri aja.




Kalau di Malaysia VCD original nya hanya bernilai rm17.90. Ya amat berpatutan. Ada juga bonus jika membeli VCD ini, iaitu muzik video dari Gita Gutawa dengan lagunya Sempurna, serta lagu Dua Hati Menjadi Satu nyayian Gita dan Dafi.




Selamat nonton!!Ah info ekstra film ini sebenarnya ia adalah adaptasi dari film Malaysia yang berjudul Cinta. Aku sarankan pada sesiapa yang ingin tonton, tonton kedua-duanya sekali ya!! Ada sesuatu yang akan mengusik perasaan kamu.