Pages

Ahad, 31 Mei 2009

SK Nusa Perintis..








Hurmm sebenarnya sepanjang 16 tahun aku hidup, aku telah bersekolah lebih kurang 4 buah sekolah ...









tak termasuk sekolah agama..

pada darjah 3 tahun 2003 aku tlah b'pindah ke sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1 . sebelum ini aku bersekolah di SK Tebing Runtuh...

tapi bila kau cari2 kembali maklumat ttg sekolah ku d Tebing Runtuh ... aku tdk menjumpai maklumat2 yang aku inginkan.
sebenarnya aku membuat catatan ini sekadar suka-suka shj.

skdr ingin mengingati kembali jejak2 yang pernah aku lalui satu ketika dahulu..

lencana di atas merupakan lencana sk tmn nusa perintis..
mmg bnyk pengalaman indah yg tak mungkin aku dpt lupakan ketika aku bersekolah di sini..

semasa menulis ni, teringat pula pada teman-teman lama. Entah apa khabar mereka?

IJAD, SUHAIRI, HAILIL, IVY, SANGKARI, FATIN, SYARIFAH, AZALEA, MALISA, FATEHA, HAIKAL, AMARDEEP, TANAES, KUNALAN ( sekadar menulis beberapa nama teman seperjuangan yang aku ingat)







Guru Besar Sk Tmn Nusa Perintis 1



Pn Hajah Zaharah Bt Abd Rahim











Pn Mageswary

Guru Bahasa Inggeris










Pn Rohaizan Patoni
Guru Perpustakaan
Di sekolah ini, aku pernah menjawat jawatan sebagai Pustakawan

Sabtu, 30 Mei 2009

SMK TAMAN NUSA JAYA DALAM KENANGAN









*gambar di atas merupakan sekolah ku yang terdahulu. Mulai tanggal 23 Mac 2009 aku dengan rasminya meninggalkan sekolah ini dan berpindah ke Technic Commerce Scholl....




memang aku merindui sangat sekolah ini...




Apa khabar agaknya sahabatku di sana? rindu juga sesekali datang mengejut .. membuai perasaan....





Puan Wan Intan bt Wan Chik merupakan pengetua Smk Taman Nusa Jaya.

Boleh dikatakan sebagai pengetua yang berdedikasi.

Bijak membawa pembaharuan.

Aku kadang-kala kepingin banget untuk kembali ke sekolah ini,....

hurmmmm


























CORETAN SEMALAM

Di sini tersingkap coretan sejarah yang cukup bermakna
Rasa megah seakan meresap didada
Taktala laungan itu bergema
Lantas memecah kesunyian jiwa


Di sini kita bersatu membentuk pakatan Muhibbah
Umpama sebatang lidi bercantum menjadi dua
Membina bangsa berjaya


Azam dan cita pembakar jiwa bangsa
Obor semangat bersemarak waja
Pemangkin kegemilangan negara
Tanpa dialpakan keringat masa lalu yang masih berbau


Biarkan...
Biarkan....
Semalam berlalu terus berlalu
Jalani hari ini dengan tekad nan padu
Buktikan esok engkau wiraku
Dan seterusnya kejayaan menunggumu


*sajak ini kucipta pada tahun 2007...
dan aku turut mendeklamasikan sajak ini semasa sambutan Hari Merdeka Peringkat Sekolah ( Taman Nusa Jaya)

Jumaat, 29 Mei 2009

bicara dengan bulan & bintang


Semalam aku bertanya pada bintang

Yang menghadirkan malam dengan seri bulan

Penuh ketenangan,

Mencari tahu rahasia hati yang sedang ingin berduka

Di tengah-tengah himpitan kepekatan malam

Yang tiada bandingannya




Seperti kebiasaannya

Bintang hanya illusi saksi bisu

Tak ada jawaban dari bintang yang kedengarannya

Yang tinggal hanyalah sisa cahaya

Dari bulan yang semakin pudar warnanya




Aku tahu bulan mahu pergi

Aku tahu bintang takkan lagi menemani

Tapi sampai bila bintang akan ada

Sampai bila bulan akan wujud semula



Dan sebenarnya aku telah lelah dengan semua rasa

Hanya menuggu detik dan saatnya

Untuk aku mengakhiri segala



*sajak ini baru kucipta pada 28 mei 2009 yang lalu

mencegah jenayah

* salah satu bangunan yang sedang di bina di Bandar Nusajaya
* artikel di bawah diambil daripada risalah yang dikeluarkan oleh pihak yang menganjurkan Nusajaya Crime Walk

Ragut
*Berjalan mengkut arus trafik
*Pastikan mengepit beg di tangan ketika berada di tempat yang sibuk
*Jangan memakai barang kemas yang banyak,



Kecurian Kenderaan


*Letak kenderaan di tempat yang dikhaskan
*Pastikan kenderaan berkunci
*Jangan meniggalkan kenderaan di tempat yang sunyi



Pecah Rumah



*Memasang alat keselamatan tambahan
*Beritahu jiran dan hentikan langggana akhbar ketika tiada di rumah




IPK JOHOR 07 2212999
IPD NUSAJAYA 07 5113622
BALAI POLIS GELANG PATAH 07 5101222


’MASYARAKAT BERSAMA POLIS MENCEGAH JENAYAH’

smt perdagangan pledge


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN PLEDGE



We,

The students of Sekolah Menengah Teknik Perdagangan,

Pledge,

to be disciplined,

Abiding by the school rules,

And respecting to teachers and staff,


We also pledge,

To work hard,

To excel in our studies,

And to be active in co-curricular activities

To uphold the good name

Of the school

And to glorify

Sekolah Menengah Teknik Perdagangan,

Towards Excellence


Ketika Bonda Bersujud
Aku merenung meraba dalam gelita
Mecari titik keresahan dalam hatinya

Aku merenung kedalam jiwa
Mecari sayang yang terang menyala
Dalam seraut wajahnya

Bondaku menangis dalam gembira
Air mata merembes tiada diseka
Raut tua wajahnya hanya sebingkai pemandangan
Sulaman indah dalam garizahnya melukiskan segaris makna ketenangan

Bondaku menangis dalam gembira
Melepakan rasa rindu yang telah lama terbuku
Menzahirkan rasa cinta yang mendung dalam kelabu
Melihat anak tercinta didepan mata
Kau tak sekali pernah buatku merana

Bondaku bersujud
Memohon doa pada yang esa
Buat bekalan si anak dagang
Letaknya jauh di perantauan orang

Bondaku bersujud ditikar lama
Usang berdebu sudah terbiasa
Lagi-lagi buat yang Esa
Sekelumit jemu tak pernah ditayangnya

Kali ini bonda bersujud lagi
Untuk menghadap kamu ya-Rabbi
Tapi bonda terus bersujud
dari malam hingga ke dinihari
Tak pernah henti menimbulkan enigma dalam diri

Baru kusedar bonda dah pergi
Lelah kumenanti sujudmu berakhir
Rupanya jasad sudah terpisah
Semilir angin petang menjamah wajah

Bonda..... sayang nya aku tiada terperi
Buat bonda ku sedekahkan talkin
Dipagi ini tersungkurku di pusara
tempat bonda bersemadi selamanya
*Sajak ini aku cipta semasa hari ibu yang lalu..
tetapi bukanlah aku tujukan buat emakku..
kerna ilham ini tiba-tiba sahaja datang mengalir laju...



Remaja Pasca Merdeka






Dibumi bertuah ini aku dilahirkan


Dibumi bertuah ini bermula sebuah kehidupan


Betapa bangganya aku hidup dibumi yang penuh kedamaian





Wahai pejuang bangsaku


Dikau telah banyak berkorban untuk tanah ini


Nyawa dikau taruhkan


Harta dikau serahkan


Tanah ini !! tidak sesekali dikau lepaskan





Biar terpaksa bertarung dengan ajal sekalipun maut


Kau tidak gentar


Walau keadaan bagai telur dihujung tanduk





Biar bumi ini dilimpahi dengan darah para pejuang,


Kau tidak takut..


Walau keadaan berbaur darah menghanyirkan





Tetapi, perasaanku semacam kesal


Remaja pasca merdeka bagai tidak mengerti apa itu sebuah kemerdekaan!!


Mereka sebenarnya tidak mengetahui apa itu erti perjuangan


Mereka juga sebenarnya alpa tentang definisi kebebasan





Sedang dulu dikau sanggup mempetaruhkan nyawa demi kedaulatan bangsa


Tapi remaja kini sangup menggadai maruah demi kenikmatan dunia


Sedang dulu dikau terseksa menyertai angkatan tentera dengan rela


Tetapi remaja kini memperhambakan diri pada dadah durjana






Sedang dulu dikau bangkit menegakkan susur galur agama mulia


Tapi remaja kini sanggup memperlekehkan pegangan suci mereka


Sedang dulu akhlakmu tinggi sedarjat kebesaran-Nya


Tetapi remaja kini menelanjangkan bahasa, mengikis adab sopannya





Apakah erti kebebasan bagi meraka??


Menelanjangkan bahasa mengikut nafsu


Maruah ternoda tiada yang tahu..


Persetan remaja....


Persetan dunia...





Bukankah lebih elok menyertai persatuan belia tuk menampung kekurangan didada


Daripada melepak tak tentu hala mecari dosa dijalan dunia


Bukankah lebih elok menghambakan diri penjadi pejuang bangsa, mengharumkan nama negara


Dari menempah tiket ke alam barzakh bersama Mat Rempit, menggadai nyawa


Bukankah lebih elok menjadi wanita melayu terakhir, bersopan santun, aurat dijaga


Dari bohsia jalang pemuas nafsu jantan jalanan di ibu kota


Apa kejadahnya semua ini???





Inilah realiti kehidupan remaja pasca merdeka


yang ternyata kian hanyut dibuai arus dunia,


dibelai nafsu cinta, entah kemana??


Adakah perlu kita dijajah kembali.....

















*Sajak ini aku nukilkan semasa Sambutan Hari Merdeka peringkat sekolah (SMK Taman Nusa Jaya)..Dan seterusnya aku mendeklamasikannya di hadapan rakan-rakanku. Keputusannya aku berjaya menjadi johan bagi acara mendeklamasikan sajak pada tahun 2006...