Pages

Sabtu, 13 Jun 2009

DISIPLIN MEMBENTUK JATI DIRI PELAJAR BERWAWASAN















*Gejala merokok semakin parah

* ponteng dalam kalangan pelajar mejadi kebiasaan



Kebelakangan ini, masalah disiplin terutamanya melibatkan pelajar sekolah kian meruncing. Seringkali kita terbaca didada akhbar tentang jenayah yang dilakukan pelajar. Dimanakah silapnya? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Di sini kita kupaskan.

Pernahkah anda mengesyaki anak anda merokok? Percayalah, gejala merokok ini masalah disiplin yang terbesar melibatkan pelajar. Mungkin disesebuah sekolah besar, 90% pelajarnya boleh dikategorikan pernah merokok. Akibatnya, mereka hanyut dalam godaan dunia. Dalam hal ini, ibu-bapa serta para guru haruslah memberi perhatian yang sewajarnya. Contohnya, selalulah memeriksa beg, seluar mereka kerana di sinilah selalunya mereka menyembunyikan barang terlarang yang mereka miliki.

Selain kes merokok, gejala buli menduduki tempat yang kedua dalam masalah disiplin pelajar. Seharusnya buli diatasi dengan segera. Pembuli selalunya megah apabila dapat buli seseorang, sementara si mangsa pula tertekan dan akhirnya mereka terpaksa mengambil jalan yang membahayakan diri sendiri. Di sini, peranan guru harus ditekankan. Sewajarnya apabila pembuli tertangkap, mereka harus dikenakan hukuman yang setimpal. Memberi peluang, saya rasa bukan sesuatu yang baik.

Kes seterusnya ini turut menjadi-jadi. Saban hari semakin ramai pelajr yang memonteng dari menghadiri kelas dengan mencari alternatif lain bagi berhibur sesama sahabat. Sasaran mereka di kompleks membeli-belah, dan tempat-tempat awam. Kes melawan guru juga harus diber perhatian. Kita sering mendapati bahawa para pelajar masa kini tiada lagi rasa hormat pada guru mereka. Masyarakat sekeliling haruslah menjadi pemerhati. Biarpun ada yang akan mengatakan tak tahu jaga kain sendiri , namun cara ini adalah langkah efektif yang harus dicuba.

Masalah gangguan seksual boleh dikatakan tidak begitu meluas pengaruhnya, namun masalah ini harus diatasi dengan segera kerana gejala ini yang menyebabkab berlakunya kes rogol, liwat dan sebagainya. Pihak sekolah mesti menjalankan hukuman yang mampu menginsafkan pelajar tersebut, bukan sekadar merotan.

Satu lagi kes yang dipercayai menyumbang kepada aktiviti seks bebas, zina dan sebagainya ialah budaya bercouple. Dari sinilah punca-punca kes-kes besar seperti menggugurkan kandungan, lari dari rumah berlaku. Ini disebabkan remaja msaih terlalu cetek fikirannya. Mereka masih mentah untuk menguruskan diri sendiri, apatah lahi untuk menjaga pasangan hidup.

Tuntasnya, kita seharusnya membanteras semua gejala ini . baik dari pihak guru-guru, ibu-bapa, masyarakat setempat serta individu itu sendiri, mereka harus memainkan peranan. Muda-mudi masa kini adalah individu yang akan menjadi penentu masa depan negara. Sesuai dengan peribahasa ini Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Agama.

Risalah dari SEKOLAH AGAMA SUNGAI TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR.

Badan kebajikan Sekolah agama sungai tiram johor bahru johor menjalankan saham wakaf untuk membina bangunan tambahan. 1 lot rm 50
Kepada yab, yb, dato, datin, tuan, puan yang berminat untuk sama-sama menyertai saham wakaf bagi membina bangunan tambahan sekolah in bolehlah menghubungi ajk badan kebajikan sast/ajk pembangunan sast di talian:

019 7442870,
019 7771594,
013 7309717,
013 7548805,
07 8634500,
019 7933429

Seperti yang kita tahu, wakaf bererti ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum dengan niat mendekatkan diri kepada allah. Jadi kepada anda yang berminat dan mempunyai rezeki kurniaan allah yang lebih tu jom lah berbuat kebaikan. Tak salah kita membantu, kerana saham wakaf ini dijalankan bagi menampung kemudahan asas dan prasarana sekolah yang masih kurang selain untuk memberi keselesaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu sekolah ini mahu membina bangunan tambahan kerana jumlah pelajar yang semakin meningkat hari demi hari. Hurm... baiklah, harap-harap ramai umat islam seluruh malaysia akan datang membantu. Semuanya bagi meningkatkan kualiti pendidikan umat islam. Amin.. semoga apa yang kita rancang diberkati tuhan













Hanya kerna dia



Dia
Payungiku tika hujan basah
Hadir kepadaku saat aku resah
Dan muncul bila aku mulai rebah

Dia
Terangiku dalam gelap cahaya
Dampingku bila aku hiba
Bahgiakanku bila ada duka

Aku cinta kerna dia
Aku hidup kerna dia
Aku lemah saat dia tiada
Aku mati saat dia terlupa



Mengapa dia
Kau hanya ada bila aku dalam kesempitan yang nyata
Kau akan pergi saat lorong kebahgiaan terbuka

Dan sebenarnya
Aku tidak bisa bernyawa tanpa dia
Aku tidak bisa bernafas tanpa dia

Dia
Aku sedih kali ini
Tapi engkau tiada lagi
Tuk menemani perjalananku yang sepi

Jangan mengeluh

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Selasa, 2 Jun 2009

Nyanyian Cinta

Aku terjaga
Dari perbaringan malam yang mengasyikkan
Dari jeladeri bisikan syaitan yang menyesatkan
Untuk menuggu saat dan masanya
Nyanyian cinta berlagu mesra



” Allahuakbar,
Sesungguhnya Allah itu tuhan satu-satunya
Muhammad menjadi penyebar dakwahnya
Kepingin hatiku menunaikan solat
Menggapai kejayaan dunia akhirat
Sesungguhnya aku mengetahui
Solat itu berhak mendapat tempatnya
Kerana beradu itu maha Celaka
Sebenarnya Allah Maha Besar Pencipta segala, dialah yang Esa”




Usai sudah nyanyian cinta
Segar mendalam kesannya terasa
Tapi garizahku seraya bertanya
Untuk apakah nyanyian cinta berirama?



Subuh itu ku bangkit
Merimpun impian di kaki langit
Kugagahkan kaki berdiri
Menjejak fakta hakiki
Mencari arah datangnya Nyanyian Cinta
Tuk merungkai segala rahsia
Yang terlalu lama ku simpan dalam rasa







sajak ini baru saja aku cipta ....
pada 1 jun yang lalu...
tepat 9.45 pm aku siap mengarangnya...
ia mengisahkan seorang non-muslim yang seringkali terdengar azan yang berkumandang pada waktu subuh... azan itu benar2 berjaya merentap rantai hatinya...
lantas azan yang kedengaran merdu itu di gelar "nyanyian cinta"
suatu hari si non-muslim itu terdengar lagi nyanyian cinta bergema..
lantas akhirnya dia memutuskan utk mencari nyayian cinta itu....
hope u get da drift ya....