Pages

Sabtu, 13 Jun 2009

DISIPLIN MEMBENTUK JATI DIRI PELAJAR BERWAWASAN















*Gejala merokok semakin parah

* ponteng dalam kalangan pelajar mejadi kebiasaan



Kebelakangan ini, masalah disiplin terutamanya melibatkan pelajar sekolah kian meruncing. Seringkali kita terbaca didada akhbar tentang jenayah yang dilakukan pelajar. Dimanakah silapnya? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Di sini kita kupaskan.

Pernahkah anda mengesyaki anak anda merokok? Percayalah, gejala merokok ini masalah disiplin yang terbesar melibatkan pelajar. Mungkin disesebuah sekolah besar, 90% pelajarnya boleh dikategorikan pernah merokok. Akibatnya, mereka hanyut dalam godaan dunia. Dalam hal ini, ibu-bapa serta para guru haruslah memberi perhatian yang sewajarnya. Contohnya, selalulah memeriksa beg, seluar mereka kerana di sinilah selalunya mereka menyembunyikan barang terlarang yang mereka miliki.

Selain kes merokok, gejala buli menduduki tempat yang kedua dalam masalah disiplin pelajar. Seharusnya buli diatasi dengan segera. Pembuli selalunya megah apabila dapat buli seseorang, sementara si mangsa pula tertekan dan akhirnya mereka terpaksa mengambil jalan yang membahayakan diri sendiri. Di sini, peranan guru harus ditekankan. Sewajarnya apabila pembuli tertangkap, mereka harus dikenakan hukuman yang setimpal. Memberi peluang, saya rasa bukan sesuatu yang baik.

Kes seterusnya ini turut menjadi-jadi. Saban hari semakin ramai pelajr yang memonteng dari menghadiri kelas dengan mencari alternatif lain bagi berhibur sesama sahabat. Sasaran mereka di kompleks membeli-belah, dan tempat-tempat awam. Kes melawan guru juga harus diber perhatian. Kita sering mendapati bahawa para pelajar masa kini tiada lagi rasa hormat pada guru mereka. Masyarakat sekeliling haruslah menjadi pemerhati. Biarpun ada yang akan mengatakan tak tahu jaga kain sendiri , namun cara ini adalah langkah efektif yang harus dicuba.

Masalah gangguan seksual boleh dikatakan tidak begitu meluas pengaruhnya, namun masalah ini harus diatasi dengan segera kerana gejala ini yang menyebabkab berlakunya kes rogol, liwat dan sebagainya. Pihak sekolah mesti menjalankan hukuman yang mampu menginsafkan pelajar tersebut, bukan sekadar merotan.

Satu lagi kes yang dipercayai menyumbang kepada aktiviti seks bebas, zina dan sebagainya ialah budaya bercouple. Dari sinilah punca-punca kes-kes besar seperti menggugurkan kandungan, lari dari rumah berlaku. Ini disebabkan remaja msaih terlalu cetek fikirannya. Mereka masih mentah untuk menguruskan diri sendiri, apatah lahi untuk menjaga pasangan hidup.

Tuntasnya, kita seharusnya membanteras semua gejala ini . baik dari pihak guru-guru, ibu-bapa, masyarakat setempat serta individu itu sendiri, mereka harus memainkan peranan. Muda-mudi masa kini adalah individu yang akan menjadi penentu masa depan negara. Sesuai dengan peribahasa ini Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Agama.

0 comments: