Pages

Jumaat, 29 Mei 2009




Remaja Pasca Merdeka






Dibumi bertuah ini aku dilahirkan


Dibumi bertuah ini bermula sebuah kehidupan


Betapa bangganya aku hidup dibumi yang penuh kedamaian





Wahai pejuang bangsaku


Dikau telah banyak berkorban untuk tanah ini


Nyawa dikau taruhkan


Harta dikau serahkan


Tanah ini !! tidak sesekali dikau lepaskan





Biar terpaksa bertarung dengan ajal sekalipun maut


Kau tidak gentar


Walau keadaan bagai telur dihujung tanduk





Biar bumi ini dilimpahi dengan darah para pejuang,


Kau tidak takut..


Walau keadaan berbaur darah menghanyirkan





Tetapi, perasaanku semacam kesal


Remaja pasca merdeka bagai tidak mengerti apa itu sebuah kemerdekaan!!


Mereka sebenarnya tidak mengetahui apa itu erti perjuangan


Mereka juga sebenarnya alpa tentang definisi kebebasan





Sedang dulu dikau sanggup mempetaruhkan nyawa demi kedaulatan bangsa


Tapi remaja kini sangup menggadai maruah demi kenikmatan dunia


Sedang dulu dikau terseksa menyertai angkatan tentera dengan rela


Tetapi remaja kini memperhambakan diri pada dadah durjana






Sedang dulu dikau bangkit menegakkan susur galur agama mulia


Tapi remaja kini sanggup memperlekehkan pegangan suci mereka


Sedang dulu akhlakmu tinggi sedarjat kebesaran-Nya


Tetapi remaja kini menelanjangkan bahasa, mengikis adab sopannya





Apakah erti kebebasan bagi meraka??


Menelanjangkan bahasa mengikut nafsu


Maruah ternoda tiada yang tahu..


Persetan remaja....


Persetan dunia...





Bukankah lebih elok menyertai persatuan belia tuk menampung kekurangan didada


Daripada melepak tak tentu hala mecari dosa dijalan dunia


Bukankah lebih elok menghambakan diri penjadi pejuang bangsa, mengharumkan nama negara


Dari menempah tiket ke alam barzakh bersama Mat Rempit, menggadai nyawa


Bukankah lebih elok menjadi wanita melayu terakhir, bersopan santun, aurat dijaga


Dari bohsia jalang pemuas nafsu jantan jalanan di ibu kota


Apa kejadahnya semua ini???





Inilah realiti kehidupan remaja pasca merdeka


yang ternyata kian hanyut dibuai arus dunia,


dibelai nafsu cinta, entah kemana??


Adakah perlu kita dijajah kembali.....

















*Sajak ini aku nukilkan semasa Sambutan Hari Merdeka peringkat sekolah (SMK Taman Nusa Jaya)..Dan seterusnya aku mendeklamasikannya di hadapan rakan-rakanku. Keputusannya aku berjaya menjadi johan bagi acara mendeklamasikan sajak pada tahun 2006...

0 comments: