Pages

Sabtu, 30 Mei 2009

CORETAN SEMALAM

Di sini tersingkap coretan sejarah yang cukup bermakna
Rasa megah seakan meresap didada
Taktala laungan itu bergema
Lantas memecah kesunyian jiwa


Di sini kita bersatu membentuk pakatan Muhibbah
Umpama sebatang lidi bercantum menjadi dua
Membina bangsa berjaya


Azam dan cita pembakar jiwa bangsa
Obor semangat bersemarak waja
Pemangkin kegemilangan negara
Tanpa dialpakan keringat masa lalu yang masih berbau


Biarkan...
Biarkan....
Semalam berlalu terus berlalu
Jalani hari ini dengan tekad nan padu
Buktikan esok engkau wiraku
Dan seterusnya kejayaan menunggumu


*sajak ini kucipta pada tahun 2007...
dan aku turut mendeklamasikan sajak ini semasa sambutan Hari Merdeka Peringkat Sekolah ( Taman Nusa Jaya)

0 comments: