Pages

Jumaat, 29 Mei 2009

Ketika Bonda Bersujud
Aku merenung meraba dalam gelita
Mecari titik keresahan dalam hatinya

Aku merenung kedalam jiwa
Mecari sayang yang terang menyala
Dalam seraut wajahnya

Bondaku menangis dalam gembira
Air mata merembes tiada diseka
Raut tua wajahnya hanya sebingkai pemandangan
Sulaman indah dalam garizahnya melukiskan segaris makna ketenangan

Bondaku menangis dalam gembira
Melepakan rasa rindu yang telah lama terbuku
Menzahirkan rasa cinta yang mendung dalam kelabu
Melihat anak tercinta didepan mata
Kau tak sekali pernah buatku merana

Bondaku bersujud
Memohon doa pada yang esa
Buat bekalan si anak dagang
Letaknya jauh di perantauan orang

Bondaku bersujud ditikar lama
Usang berdebu sudah terbiasa
Lagi-lagi buat yang Esa
Sekelumit jemu tak pernah ditayangnya

Kali ini bonda bersujud lagi
Untuk menghadap kamu ya-Rabbi
Tapi bonda terus bersujud
dari malam hingga ke dinihari
Tak pernah henti menimbulkan enigma dalam diri

Baru kusedar bonda dah pergi
Lelah kumenanti sujudmu berakhir
Rupanya jasad sudah terpisah
Semilir angin petang menjamah wajah

Bonda..... sayang nya aku tiada terperi
Buat bonda ku sedekahkan talkin
Dipagi ini tersungkurku di pusara
tempat bonda bersemadi selamanya
*Sajak ini aku cipta semasa hari ibu yang lalu..
tetapi bukanlah aku tujukan buat emakku..
kerna ilham ini tiba-tiba sahaja datang mengalir laju...

0 comments: